Chaos Here

Saturday, May 1, 2010

Terbaca satu info menarik dan terbrainwash

~dari kumanddie.blogspot...chect it out his blog...you will know some hidden truth~

Kompilasi Asia Finest : Dajjal (celaka dia)
Tentang Dajjal laknatullah alaihi. Ramai yang kata Bermuda Triangle adalah tempatnya. Tetapi saya tidak bersetuju kerana hadis mengatakan bahawa ianya berada di sebelah Timur. Setelah puas saya cari , akhirnya saya terjumpa Dajjal laknatullah alaihi. Lokasinya adalah di Devil's Sea berhampiran Jepun. Terdapat 10 pusaran laknat yang terkenal di seluruh dunia (Bermuda adalah salah satu). Tempat-tempat inilah di mana syaitan-syaitan di rantai ketika bulan puasa. Namun, di Devil's Sea berhampiran Jepun terdapat sebuah pulau yang satu ketika dahulu tidak berpenghuni. Setelah diketahui oleh Yahudi keparat, pulau tersebut sedang dibangunkan:

Untuk pengetahuan semua, terdapat sebuah pulau yang bernama Chichi-Jima di Devil's Sea Jepun. Pada tahun 1996 bulan Jun, terdapat sebuah kapal didapati hancur secara misteri di situ. Sekiranya anda lihat 100 km ke barat pulau tersebut, anda boleh lihat wajah Dajjal secara jelas. Mata kanannya terbuka. Dahinya terdapat tulisan. Seluruh kepalanya terbaring di atas sebuah pulau. Badannya pula direndam di dalam Lautan Pasifik yang luas. Terdapat dua plat besi gergasi di belakang kepala; satu plat besi di belakang telinga, satu lagi plat besi di belakang leher. Pada plat besi di belakang telinga , terdapat rantai yang bersambung dan diikat di keliling kepala. Di situ terdapat 3 plat besar, satu plat di atas dahi manakala 2 plat di tepi kepala. Manakala , pada plat besi di belakang leher pula, terdapat rantai yang bersambung dan mengikat di keliling dagu dan rahang, yang mana terdapat satu plat besar disangkut pada dagu. Saiz kepalanya adalah lebih kurang 5 km, iaitu dari ubun-ubun ke dagu.Saya tidak mahu tunjuk gambar Dajjal dalam AF di atas sebab-sebab tertentu (takut ada orang pengsan nanti). Sekiranya , anda berani, anda boleh google earth.




Ya, kalau free google earth , gambar kabur sedikit. Sebenarnya NASA telah buat bagi kabur sebab White House telah dikuasai oleh penyembah dajjal laknatullah alaihi. Mereka juga telah arahkan Jepun untuk haramkan semua laluan kapal dan kapal terbang di kawasan tersebut. Namun begitu, US telah buat penempatan dan landasan kapal terbang di situ. Mereka sekarang sedang cuba untuk melepaskan Dajjal laknatullah alaihi. Saya percaya puak Freemason dan Illuminati ada lakukan upacara pemujaan dajjal di situ. Sebab itulah tahun ini terdapat terlalu banyak ribut taufan yang berlaku di kawasan Taiwan. Saya telah sujud kepada ALLAH, dan saya dapat ilham, gambar itu tidak boleh dimasukkan ke dalam mana-mana internet. Oleh itu, saya ingin minta maaf banyak-banyak. Saya tidak boleh tunjukkan.Anda boleh cuba banyak-banyak kali. Gambar itu kabur. Mungkin satu hari nanti anda akan bernasib baik.

Saya nak sentuh sedikit tentang Dajjal. Ketika Dajjal menjelma, hari pertama adalah selama 1 tahun. Hari kedua adalah selama 1 bulan. Hari ketiga adalah selama 1 minggu. Hari keempat dan seterusnya adalah sama seperti hari biasa. Ketika hari pertama, Dajjal akan menipu semua penduduk di Iraq dengan mengacah seolah-olah beliau memegang matahari. Ada sebuah tasek berhampiran di situ, akan didapati kekeringan .

Kenapakah fenomena ini terjadi . Sila lihat ulasan saya :

1. Setelah melihat saiz kepala Dajjal di Devil's Sea Japan, saiz kepalanya adalah sepanjang 5.49 km (secara tepat), sekiranya Dajjal berdiri, tinggi beliau adalah lebih kurang 33 km (berdasarkan kepada ratio manusia normal). Jadi manusia kerdil di Iraq bakal tertipu dengan dakyah dajjal bahawa beliau boleh memegang matahari.

2. Kenapa hari pertama selama 1 tahun. Ketika Imam Mahdi dilantik menjadi Khalifah Islam di Madinah, dan mengambil bendera hitam di Kaabah dari seorang pemuda Bani Tamim (keturunan keluarga Saidina Abu Bakar r.a.) , terdapat 2 gerhana yang tidak pernah terjadi sebelum ini, dan tidak akan berlaku lagi selepas ini. Sebuah planet yang bersaiz besar bakal menutupi bumi daripada matahari. Jadi terdapat gerhana bulan dan gerhana matahari berlaku serentak. Ketika fenomena ini berlaku, bumi akan kehilangan tarikan graviti daripada matahari yang menyebabkan pusingan bumi terhenti. Bila planet besar ini beredar , barulah bumi berputar kembali. Namun begitu , bagi 3 hari pertama, bumi tidak dapat berputar selama 24 jam, sebaliknya mengambil masa 1 tahun untuk membuat 1 pusingan yang pertama. Ketika itu matahari berada di Iraq (di Malaysia hampir senja). Jadi satu tasek di timur tengah akan kering disebabkan waktu siang yang terlalu panjang.

Jadi setelah fenomena ini berlaku, bumi tidak akan lagi berada di paksi putaran yang asal. Jadi setelah terkeluar daripada paksi, terdapat count down dalam putaran bumi, sehingga akhirnya bumi bakal terhenti sekali lagi , dan akan berpusing terbalik selepas itu. Setelah itu sangkakala (trompet) Israfil akan dibunyikan.(Perlu diingat di sini bahawa dajjal berada di bumi manusia selama 40 hari. Hari pertama , panjang harinya adalah sama dengan 1 tahun. Hari ke 2 , panjang harinya adalah sama dengan 1 bulan. Hari ke 3 , panjang harinya adalah sama dengan 1 minggu. Hari ke 4 sehingga hari ke 40, panjang harinya adalah sama dengan 1 hari biasa. )

Wallahu 'alam....


Picture dajjal saya boleh beri melalui e-mail sahaja. Tolong bagi e-mail awak. Nanti saya upload, insyaALLAH.

Saya ingin buat hipotesis mengenai Dajal. Tinggi Dajal adalah 33 km. Sekiranya beliau berdiri, awan akan berada di paras betis beliau (di bawah tempurung lutut beliau) . Sekiranya bala bencana yang ALLAH beri kepada manusia adalah hasil daripada kejahatan manusia. Maka sebesar-besar bala adalah bala Dajal laknatullah alaihi .

Sekarang saya ingin beri pandangan hubungan antara dosa dengan bala. Setiap dosa yang dilakukan oleh manusia , maka ALLAH akan turunkan bala. Dari sekecil-kecil bala, seperti lampu mentol pecah dan accident motor, sehinggalah sebesar-besar bala, seperti tsunami, puting beliung, gunung berapi dan gempa bumi. Sekecil-kecil bala ALLAH berikan kepada golongan kafir yang jahil yang membuat dosa-dosa kecil. Namun sebesar-besar bala, bukan diberikan kepada tempat yang mana manusia yang berlaku syirik kepada ALLAH (baik Islam mahupun Kafir). Walaupun syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh ALLAH. Namun itu bukan menjadi Kemurkaan Tertinggi di sisi ALLAH SWT. Sekiranya kita berpandu kepada al-Quran, maka jawapan bagi bala terbesar (dan tercepat) adalah kepada golongan manusia yang menjadi musuh kepada Nabi-Nabi a.s. . Tidak kira sama ada mereka Islam ataupun Kafir, sesiapa sahaja yang memusuhi Nabi-Nabi a.s. , bala terbesar (dan tercepat) akan diberikan ALLAH kepada penduduk yang memusuhi Nabi-Nabi a.s. .


Begitu juga pada zaman sekarang. Mana-mana tempat yang menjadi musuh kepada para pendakwah Islam, maka di situlah akan ditimpa bala yang paling besar dan paling cepat. Tidak kira apa status masyarakat pada kawasan tersebut, sama ada tempat tersebut berstatus serambi Mekah mahupun tempat tersebut berstatus Kawasan Pentadbiran Kerajaan Pusat, itu semua tidak menjadi alasan di sisi ALLAH untuk ALLAH tidak hantarkan bala. Maka sebesar-besar Kemurkaan ALLAH bukanlah terletak kepada perbuatan syirik yang dilakukan oleh manusia. Sebesar-besar Kemurkaan ALLAH adalah terletak kepada perbuatan manusia yang memusuhi para pendakwah Islam. Pendakwah Islam yang jahil ilmu bukanlah boleh menjadi alasan kepada umat Islam untuk memusuhi para pendakwah. Ini kerana ada di kalangan Sahabat r.a. yang jahil ilmu, contohnya adalah Khaild Al-Walid r.a. . Beliau hanya tahu 4 Surah Qul sahaja. Tetapi di sisi ALLAH , beliau lebih mulia daripada semua Imam-Imam Besar , seperti Bukhari, Muslim, Hanafi, Syafie dan sebagainya.


Jadi hadirnya Dajal laknatullah alaihi adalah sebagai sebesar-besar bala yang bertujuan untuk mengkafirkan Umat Islam kerana Umat Islam membuat perkara-perkara Yang Paling Dimurkai oleh ALLAH SWT. Perbuatan tersebut bukanlah perbuatan syirik kepada ALLAH. Tetapi adalah perbuatan memusuhi para pendakwah Islam. Sebab itulah , dalam hadis-hadis , ada mengatakan , akan ada puluhan ribu Ulama' yang akan sujud kepada Dajal laknatullah alaihi.

Sebelum Dajal menjelma, makanan akan hilang daripada muka bumi. Ramai manusia yang akan mati kebuluran. Tidak ada makanan ketika itu. Jadi bila Dajal menjelma, beliau akan hidupkan tumbuh-tumbuhan dan turunkan hujan. Makanan akan diberi kepada mereka yang sujud kepada Dajal laknatullah alaihi. Tempat-tempat yang menentang para pendakwah akan didatangi oleh Dajal. Tempat-tempat yang tidak menyokong para pendakwah , tidak akan ada perisai Malaikat untuk mereka bagi menghalang kedatangan Dajal.

Nabi s.a.w. pernah ditanya oleh Sahabat tentang tempat yang tidak dimasuki oleh Dajal . Nabi s.a.w. memegang erat tongkat dan menghentak kuat ke atas tanah. Bersabda (mafhum) - " Inilah tempatnya." Mengikut pendapat saya, dalam al-Quran ada menerangkan dalam Surah Yusuf - "Saya (Nabi s.a.w.) dan pengikut-pengikut saya. " Jadi bila Nabi s.a.w. menghentak tongkat ke tanah dengan kuat membawa maksud sesiapa sahaja yang mengikut Nabi s.a.w untuk menyebarkan agama ke seluruh dunia akan terselamat daripada angkara Dajal laknatullah alaihi. Jadi tempat-tempat yang menjadi pembantu kepada Nabi s.a.w. untuk menyebarkan Agama Islam , seperti orang Madinah dahulu kala, tidak boleh dimasuki oleh Dajal laknatullah alaihi. Malaikat akan menjadi perisai bagi tempat-tempat tersebut.

Namun itu bukan bermakna para pendakwah Islam , atau mereka yang setaraf dengan Nabi-Nabi a.s. biasa seperti Imam Mahdi dan para Sahabat, mampu untuk melawan Dajal. Dajal adalah punca kepada kesesatan Umat. Yang boleh melawan dia hanyalah mereka yang menjadi punca kepada Agama dan Kitab/Suhuf (bukan semua Rasul a.s.). Senarai saya ialah Nabi Muhammad s.a.w. , Nabi Ibrahim a.s. , Nabi Musa a.s. , Nabi Isa a.s. , Nabi Daud a.s. dan Nabi Idris a.s. . Namun ini cuma pendapat peribadi saya sahaja. Konsep yang saya pakai adalah seperti Kutub Utara - Kutub Selatan. Sekiranya Dajal adalah ketua bagi segala agama kesesatan yang mana semua syaitan-syaitan menjadi hambanya, maka lawan beliau mestilah Rasul-Rasul a.s. yang menjadi punca kepada Agama ALLAH dan Kitab/Suhuf . Wallahualam bissawab.........

Saya hendak cerita sedikit mengenai Armageddon yang digembar-gemburkan oleh Yahudi keparat :

Apa itu ARMAGEDDON ???

Armageddon adalah sebuah tempat yang bernama Megiddo di Israel yang menjadi tempat peperangan antara Dajjal dengan Tentera ALLAH. Dalam kitab Yahudi menyebut Tentera ALLAH itu berasal dari Timur Jauh dan mereka beragama Islam. Dan akhir sekali, Dajjal ini akan dibunuh oleh Nabi Isa. a.s. .


Pada pandangan saya, kitab Yahudi ini menerangkan tentang kisah Imam Mahdi melawan Dajjal dan konco-konconya . Kita tidak perlu terlalu taksub dengan kisah Armageddon dalam kitab Yahudi keparat sebab mereka sudah ubah jalan ceritanya. Hadis-hadis Nabi s.a.w. sudah cukup untuk kita imani. Namun begitu sebagai pengetahuan anda, saya tunjukkan gambar Megiddo di Israel yang menjadi topik perbualan hangat Yahudi keparat :

ARMAGEDDON

Ada sesetengah pendapat Nasrani mengatakan bahawa Armageddon bukannya merujuk kepada tempat Megiddo di Israel. Sebaliknya ianya menunjuk kepada Peperangan Gunung. Gunung yang dimaksudkan oleh rahib Nasrani adalah Pergunungan Vatican. Di situ merupakan lokasi di mana tentera kafir Romawi (atau orang Puteh) akan menentang 70,000 tentera Islam. Mengikut kitab Yahudi, tentera Islam tersebut berasal daripada Timur Jauh.

The Hebrew meaning of "Armageddon"The root word is Gad ("troop"); Gen. 30:11; 49; 19. Megiddo is "gathering of troops," and the final "n" means "the place of.." Hence Megiddon is not a name but a generic term for a battelfield, "the place of the gathering of troops".Arm is transliterated from "har" (mountain) thus the complete meaning of word is :"battlefield's mountain"

Mengikut Hadis Nabi s.a.w. , maksud Armageddon adalah :

The First Battle

His first battle will be against the tribe of Kalb. A short period after the eminent saints of Syria and Iraq have sworn allegiance; a man from the Quraish will rise whose maternal uncle's belong to the Kalb tribe and he will send an army to fight Imaam Mahdi. However this army will be overcome and defeated. This will be his first victory.

The Great War(The author of al-Isha'ah has mentioned that this battle will take place in Imam Mahdi's time).

Imam Mahdi will have to fight many battles, the most important and difficult being the battle against the Christians in which a large number of Muslims will be martyred. ' Yusayr bin Jabir said, "A red sandstorm erupted in the city of Kufah. Afterwards, a man came shouting and repeating the same words, 'O Abdullah bin Mas'ud! The hour has come.' He (Yusayr) then said that he sat up after he was leaning (on his side) and said, ''The hour will not arrive until no inheritance will be divided and no war possessions will bring about satisfaction. ''He pointed with his hands towards Ash-Sham saying, ''An enemy will gather its forces against the followers of Islam.''I said, ''Do you mean Ar-Rum? He said ''Yes.''Then, during this war, fierce fighting will occur. Muslim will ask for a volunteer expedition that will vie to die or return victorious. They will fight until the night separates them. Both sides will return to their camps not yet victorious and the expedition will perish. Muslims will then (in the third day) ask for volunteer expedition that will vie to die or return victorious. They will fight until the night separates them. Both sides will return to their camp not yet victorious and the expedition will perish. In the fourth day, the rest of the Muslim forces will turn against them (the disbelieves) and Allah will defeat them (the disbelieves). They will suffer casualties never heard of before or he said, ''Never seen before, even birds flying near them will not pass without falling down dead. Afterwards, sons of the same fathers (from the Muslim side), who were near a hundred, will count the survivors and will find out only one of them survived. Therefore, what war possession will bring satisfaction and what inheritance will be divided? While they are doing this they will hear of an even bigger calamity; That is, a man will scream amongst them that the Dajjal has appeared among their families which they left behind. They will discard what they have in their hands and proceed. They will send ten horsemen as an expedition force. The Messenger of Allah said, ''I know their names and their fathers name and the colours of their horses. They will be the best horsemen on the face of Earth, ''or (he said) ''(They) Will be amongst the best horsemen on the face of Earth.'' (Muslim) The cause of this great battle will be the Christians. The Christians and Muslims as allies will conquer a third enemy. However, the Christians will act treacherously as they will claim the victory on the strength of their religion, thus the Muslims will be driven to arms and will fight them. Dhu Makhbar said, ''I heard the Apostle of Allah () say, ''You will make a secure peace with the Byzantines, then you will fight an enemy behind you, and you will be victorious, take the boot, and be safe you will the return and alight in a meadow with mounds and one of the Christians will raise the cross and say, 'The cross has conquered'. One of the Muslims will become angry and smash it, and the Byzantines will act treacherously and prepare for battle.''

Conquest of Constantinople

The great war between the Christians and Muslims will result in the Muslims conquering Constantinople (which is modern day Istanbul) without army by the sheer force of Takbeer (Allahu Akbar). Abu Hurairah reports that the Prophet said, ''Have you heard of a town of which a part is in the sea?'' ''Yes'' said they. He said: 'The last hour shall not occur till 70,000 of the children of Isaac shall attack it. When they come to it, they (Muslims) will not fight with arms, nor throw arrows. They will only say: There is no god but Allah, Allah is the greatest, and then on of its sides will fall down. They will recite for the second time : there is no god but Allah, Allah is the greatest, and then another of its side will fall down. After that they will say it for the third time: there is no god but Allah and Allah is the greatest, and then it will be opened for them and they will enter and acquire booty. While they will be dividing the booty, a proclaimer will come to them and proclaim: 'Verily Dajjal has come out. 'Then they will leave everything and return. ' (Muslim) It should be noted that the conquests will take place a very short period. Abdullah-b-Busr has reported that the Messenger of Allah has said: 'Between the Great War and the conquest of the city (Constantinople) there will be six years, and the Dajjal shall appear in the seventh year,' (abided)

Insya ALLAH saya akan buat hipotesis mengenai Armageddon. Bagi pendapat saya Armageddon bukanlah Peperangan Gunung. Ianya bukan juga Peperangan di Megiddo, Israel. Ianya adalah Peperangan Melayu. Kenapa Melayu. Nanti saya akan huraikan. Insya ALLAH. Badan saya letih sekarang. Waktu sekarang sudah hampir midnight. Jadi saya hendak rehat dahulu. Bye.....

Armageddon - Peperangan Hebat Akhir Zaman dalam kitab Yahudi dan Nasrani mengikut tafsir kumanddie

Tafsir 1 - oleh yahudi mabok

Kalau ditafsir mengikut bahasa Ibrani (atau Hebrew atau Yahudi mabok) , secara literalnya ianya bermaksud Pergunungan Megiddo di Israel. Har adalah gunung . Mageddo adalah sebuah tempat di Israel . Manakala n membawa maksud tempat.

Namun begitu , tafsir sang Yahudi mabok ini membawa kepada banyak kelemahan jalan cerita. Megiddo bukanlah sebuah tempat pergunungan . Ianya adalah sebuah dataran landai.

Tafsir 2 - oleh nasrani bengap

Mengikut pendapat rahib nasrani, peperangan yang paling hebat ialah di antara Islam dengan Nasrani. Manakala peperangan di antara Islam dengan Yahudi adalah suatu peperangan mudah. Jadi pergunungan itu mestilah berhampiran dengan pusat Nasrani iaitu di Vatican (bukan di Israel kerana dianggap peperangan mudah). Jadi pergunungan tersebut ditafsir kepada pergunungan Vatican. Megiddo telah ditafsir secara generic yang membawa maksud tempat perhimpunan Tentera-Tentera.

Namun begitu, tafsir sang bengap Nasrani juga macam tafsir abangnya si Yahudi mabok. Ianya membawa kepada banyak kelemahan jalan cerita. Walaupun har membawa maksud gunung, Vatican bukanlah sebuah gunung asli. Ianya sebuah bandaraya Roma yang landai. Mungkin kerana ia berada di paras yang lebih tinggi daripada Megiddo di Israel, tidak semestinya ianya adalah sebuah gunung.

Ramai penafsir ahli kitab telah terkeliru dengan maksud har. Har bukanlah bermaksud gunung . Ianya bermaksud manusia.

Tafsir 3 - andaian kumanddie

Siapakah manusia HAR ???

Seorang profesor Melayu, Prof. Dr. Shaharir telah mengumpulkan sejumlah 600 perkataan Khmer Kuno yang dikatakannya adalah juga merupakan perkataan-perkataan Melayu Kuno.

SEMUANYA MENUNJUKKAN WARISAN DARI BANGSA GUNUNG YANG GAGAH. "THE DESCENDANT OF MOUNTAIN TRIBE"

SAILENDRA-GUNUNG
FUNAN-GUNUNG
NAM-GUNUNG
MALAI-GUNUNG
TULISAN KERINCI (dijumpai di RIAU) - TULISAN GUNUNG

'Malai' adalah nama yang disebut dalam manuskrip-manuskrip purba India untuk satu bangsa yang tinggal di Kepulauan Melayu.'Malai' bermaksud gunung atau bukit.Perenggan di atas saya ambil dari Mistifiles.

Saya rasa DreamHunter dan SonOfGunungJerai boleh mengupas berjela-jela (hingga kepala anda jatuh ke bantal sebab terlalu panjang) mengenai kaitan antara Melayu dengan Gunung. Namun , bagi saya , HAR dalam Armageddon membawa maksud MELAYU , dan bukannya Gunung. Ini tidak bercanggah dengan kitab Yahudi yang mengatakan Tentera Islam bakal datang daripada Timur Jauh. Begitu juga Hadis-Hadis Nabi s.a.w , menyabdakan bahawa Tentera Islam bakal datang daripada Bani Ishak. Saya sudah cerita mengenai kaitan Melayu dengan Bani Ishak, iaitu berdasarkan kepada cerita Keturah dan Manasseh. Jadi bagi pendapat saya yang hina dina ini, Armageddon di dalam kitab Yahudi-Nasrani bermaksud "Pertempuran Hebat Tentera-Tentera Melayu (Islam) " . Ini menjurus kepada Tentera Imam Mahdi.
1. Andaian manusia HAR saya ambil daripada Hadis di bawah :

The preceding Hadith was reported by Thawban and is found in the references of Ibn Majah, Al Busiri, Al Hakim, Ahmad, Nuaym, Ad-Daylami, Al Hasan, son of Sufyan, and Abu Nuaym.

“People will come from the East and will establish the government for Al Mahdi.”
Sai Baba belum lagi dajal laknatullah alaihi . Dia baru bunga-bunga sahaja macam Ayah Pin. Ayah Pin pun boleh terbang juga. David Copperfield pun boleh terbang juga. Ini semua ahli-ahli sihir yang nyata. Kemuncak ahli sihir adalah sang dajal si mata satu.
Nabi s.a.w. pernah beritahu bahawa lautan paling dalam hanya di paras buku lali dajal.
Nabi s.a.w. juga pernah menerangkan bahawa dajal akan menipu manusia dengan menunjukkan seolah-olah beliau memegang bulan dan matahari. Lalu dajal memberhentikan perjalanan matahari dan bulan.
Nabi s.a.w. juga pernah memberitahu bahawa ketika hari pertama kemunculan dajal, panjang hari tersebut adalah selama 1 tahun.
Nabi s.a.w. pernah menerangkan bahawa dajal diikat di sebuah pulau di timur jauh. Ramai orang menafsirkan bahawa tempat tersebut adalah di Bermuda Triangle. Namun setelah saya membuat pencarian melalui Google Earth, tidak ada gergasi di kawasan terbabit. Namun begitu, di akhir pencarian saya, saya jumpa juga gergasi tersebut di kawasan Segitiga Syaitan di Lautan Jepun. Lokasi dajal adalah 1000 km di selatan Jepun dan 1000 km di timur Taiwan. Pulau yang paling hampir dengan dajal bernama Chichi-Jima Island dan Haha-Jima Island. Ukuran panjang kepala dajal adalah 5.49 km . Ini bermaksud , sekiranya beliau berdiri , tinggi beliau adalah lebih kurang 33 km.Ketika dajal muncul, makanan tiada di muka bumi. Ramai manusia akan mati kebuluran. Dajal akan menumbuhkan tanam-tanaman dengan sebentar sahaja. Mereka yang sujud kepada dajal akan dapat makanan. Terdapat ribuan ulama' akan sujud kepada dajal. Nabi s.a.w. menasihati kita agar kita membaca 10 Ayat yang awal dalam Surah Kahfi. Ini bagi mengelakkan kita daripada terkena sumpahan dajal.

Tengok berita tentang kematian adik Sai Baba. Sai Baba tidak mampu untuk menghidupkan adik kandungnya sendiri. Ini menunjukkan beliau merupakan seorang ahli sihir cabok sahaja :

« Sathya Sai Baba's reputation under scrutiny Sathya Sai Baba -
questions and his silence »

The Death of Sathya Sai Baba's
brother, Janaki RamiahPosted by robert priddy on October 14, 2008
JANAKIRAM – PROPERTY MULTI-MILLIONAIRE, REPORTED BLACKMAILER AND
ACCOMPLICE TO MURDERS
"Tears should be shed only for God and not
foranyone else. Whatever one's grief one should not shed tears. Tears may flow
out of joy orenthusiasm or ecstasy, but not from a feeling of sorrow." [Sathya
Sai Speaks Volume 28 - Ch. 10, p113]" (Sathya Sai Baba)" immediately started
talking about how Rama felt when his beloved brother Lakshmana fainted on the
battlefield. Rama said, "How can I ever find a brother like you? It is not
possible!” Swami went on; several times His voice cracked and fathered, and two
or three times He had to stop mid-sentence because He actually started to sob!
It was a heart-rending moment, the closest Swami has ever come to outright, real
crying."Sathya Sai Baba's younger brother, Janaki Ramiah (or Janakiram as he was
also known) died in October 2003. Sathya Sai Baba mourned him in public " even
tearfully " despite his having imprinted on his followers that tears are never
permissible and are but a sign of weakness!Janaki Ramiah had been banned by
brother Sathya from the Prashanthi Nilayam ashram for years until the murders in
Sai Baba's bedroom in June 1993. The reasons for their estrangement are unclear,
other than that Janakiram had amassed a massive fortune through property deals
in Puttaparthi as it mushroomed from the 1970s onwards and " allegedly " through
shady transactions in running a brothel and drinking dens there. One day when I
was walking with V.K. Narasimhan, we happened to meet Janaki Ramiah who had
entered the ashram gate to get to the post office and send a parcel. He sidled
out again shortly afterwards!Thereafter his status changed entirely in that
Sathya Sai Baba made him one of the Board of directors of the super-rich Sathya
Sai Central Trust. The background to this is evident" that Janaki Ramiah
insisted that the four intruders who were later trapped and shot down by the
Putaparthi police had intended to assassinate his famous brother (despite
Sathya's public statement denying that this was the case!). This helped create
the confusion and uncertainty about the event which was never cleared up
officially, due to Sai Baba's political devotees who got the investigation by
the CBI quashed (that is, the Indian Prime Minister, the President, the Home
Minister and others). (see here)Janakiramiah was congratulated by the Indian
Home Minister, S.B. Chavan, for blackmailing the Puttaparthi police into
shooting down the four intruders (who had earlier killed two attendants in a
struggle with knives). This he did in the presence of Sai Baba's editor " the
once-famous Indian journalist and editor-in-chief, V.K. Narasimhan. Janaki
Ramiah responded by saying "Dead men tell no tales" and he laughed over this
together with the Home Minister! This was told me in the strictest confidence by
V.K. Narasimhan when I was troubled about the facts around the murders. Only
when VKN died in 2000 was I able to consider making know this fact in public" a
heavy burden, but one I felt impelled to do in conscience and as an unavoidable
public duty.Sathya SaiHere follows an account of the events around the death of
Janaki Ramiah by a deluded devotee.From: "Luis & Silvia"Subject: FW: swami's
brother diesDate: Tue, 21 Oct 2003 08:47:54 +1000Forwarded by "Rita"-Original
Message-From: Sai Sister in PuttaparthiSubject: Swami's last sibling dies; Swami
gives discourseFriday 10 PMOn Thursday, Swami came out as usual in the morning
for bhajan. After lunch, He walked all the way up to the edge of the verandah,
supported by two assistants, before settling down in the open chair. For some
reason, they did not put the footrest on, so His feet were hanging down, inches
from the floor!After bhajan, I was surprised to hear the whole village humming
that Swami's brother (who has been in serious condition in the Super Speciality
Hospital since his heart operation) had died! I called up a reliable contact,
who told me that there was absolutely no confirmation on that rumour. How tragic
that rumours send a person to the grave before their time!Later, Swami went to
the hospital. We all heard that his brother, who has been in a comatose or
semi-comatose state, awoke; however he wasn't able to speak. Swami poured a few
drops of water into his mouth. After that, "he was all right," the rumour
spread. But actually, we had no definite reports, only that he is “still
alive."(This made me remember the last hours of Swami’s two elder sister: both
were, at different times, in serious condition and comatose. Only when Swami
came to the hospital, they suddenly became awake and aware. They even held
Swami's hand. He gave vibhuti to them and left; after a few hours, they left
their bodies peacefully. And of course, the Indian practise is to give a few
sips of water, preferably with a tulasi leaf, in their last moments.)It is an
extraordinary thing that droves of people, hundreds and hundreds, (thinking that
Janakiram was dead or in the last stages), descended on the Super Speciality
hospital to see him, and they were actually let in to look at Swami's brother
through the glass doors of the ICU unit!Evening was a program of different small
school children chanting the Vedas, speaking and singing songs. Swami stood up
for a minute or two, at the end of the program.Friday morning, Swami came early,
about 7 AM. The same lady who stood up the other day, was in first line. She
again stood and lunged towards Swami, to touch Him! She even managed to touch
His arm. Swami looked utterly shocked at this event, then suddenly put on a very
harsh look and said, "NO! GO AWAY!" By then, the Seva Dals were dragging her
away. Swami, also by then, was smiling and giving a look full of love to her!It
seems that someone from Singapore has donated a large amount, which will be used
to build and start a nursing college here. There was some small puja related to
that, after which (8 AM), arathi bells were rung.Later, there was bhajan as
usual. Swami came in the open chair as usual. Bhajan ended at 9:20 AM, and Swami
came out from lunch and was back at the Poornachandra by 9:45 AM.At about 10:30
AM, Swami's brother Janakiram, aged about 73, really did leave his physical coil
behind.Hundreds, even thousands, of people from Puttaparthi and beyond came
flocking to the hospital, as word spread. Janakiram leaves behind his wife, two
daughters and one son, all comfortably settled in life with children of their
own Swami's elder brother died in 1986; His eldest sister in 1993; His second
elder sister in 1996; and now His younger brother. The last of Swami's siblings
is dead!The entire town of Puttaparthi 100% closed their shops and went like
iron fillings to the magnet of Swami's brother. The place was like a ghost town!
He had helped numerous people and was the protector of all the villagers and
others in these areas. He was active in politics and also a member of the Sri
Sathya Sai Central Trust.The body was soon brought to their village house (a few
houses before the birthplace of Swami, the Siva temple) where pandemonium
reigned. I didn't go there, but I saw the events on the local TV channel:
pathetic scenes of his poor wife falling on the body and crying, and of his son
sobbing uncontrollably. The body was already alarmingly swollen and
bloated.Hundreds of people then filed past the body. The only movement in
Puttaparthi all morning and afternoon, was of people going and coming back from
seeing the body. Hundreds of people, from the flower girls and sweepers to the
big contactors, were feeling like orphans abandoned. After all, it is not so
easy to have close contact with Swami, but Janakiram was always there to help
them with their problems and do practical things to tide over various tragedies.
Many people depended on him.Swami had cleverly organised a function to hold
people's attention! Swami came about 3:30 PM to the Darshan hall. First, there
were speakers talking about the nursing college. Even the kind donor talked
about how Swami has been protecting his family.Then, the talks on Janakiram
began. Several people talked on his good nature, his equal love for all and what
a major figure he was in Puttaparthi. Last was the flowerly-speached Anil Kumar,
who spoke eloquently in Telugu. He talked on how he first was introduced to
Janakiram in the 1980’s, when he shared a room with him in Kodai Kanal for 40
days. He talked of how he had equal love for all, was always ready to help and
be kind, and though he sometimes seemed angry, he would immediately turn sweet
and soft again, and forget completely about the harshness.(Meanwhile, the body
of Janakiram was taking in procession at about 4:30 PM and buried as is, as per
family custom, on a plot of land near the bypass road, in Enumulapalli.)After
that speech, Swami indicated that He, too, wanted to speak! Anil Kumar couldn't
resist then coming to the mike and formerly inviting Swami to say a few words
"to lift our heavy hearts." The table was brought and with the help of only one
boy, He stood up, at about 5:10 PM, and started to talk.First Swami sang the
poem about the greatness of Indian women, ironically starting with the line
about how Savitri brought her dead husband back to life! His voice faltered with
emotion several times. Swami then began talking about the power of God that is
in man, and how one such great Shakti was Janakiram! He said that although
Janakiram may have had harsh speech, inside his heart was soft and calm. He
repeated this several times.Then He immediately started talking about how Rama
felt when his beloved brother Lakshmana fainted on the battlefield. Rama said,
“How can I ever find a brother like you? It is not possible!" Swami went on;
several times His voice cracked and fathered, and two or three times He had to
stop mid-sentence because He actually started to sob! It was a heart-rending
moment, the closest Swami has ever come to outright, real crying.To me, this was
a message for all of us: perhaps He was showing, by His own show of emotion,
that sometimes we may have tragedy occur, but we should overcome it by
concentrating on spirituality, filling our hearts with love and sharing that
with all.Suddenly, about 5:50 PM, Swami's right side seemed to buckle and he
faltered, starting to fall to one side.His assistant helped him to regain
balance. Swami then said, "Don't feel bad that I am put to suffering. I have no
inconvenience. In fact, thorough my actions I am an actual example of pure
love." Amidst the applause, He slowly slid down in the open chair and He
motioned for bhajans to begin.After the Ganesh bhajan, and one other bhajan
maybe" Swami wiped his eye and called for arathi! So, the bhajan was ended right
there in the middle and Swami went out in the open chair.Whew! What a day!From
the above one can appreciate how thoroughly extended and twisted people's
rationalizations become when on still cannot face the facts or make any kind of
break with the idea that Sathya Sai Baba is perfect, omniscient, all-powerful,
omnipresent, God Almighty the Creator and so on ad. inf.The uncertainty and
reliance on rumours illustrated so well by the above account is endemic at Sai
Baba ashrams, where information is carefully hoarded, facts covered-up and
disinformation carefully crafted for public consumption – and effectively spread
through the entire network of blindly-believing officials in his institutions
and the Sathya Sai Organization.

21 comments:

matpek said...
This comment has been removed by the author.
matpek said...

pendedahan yang amat membuka mata gua yang tengah mengatuk ni..insaf2..

shapoji said...

aku pon terbrainwash...

Kereta Myvi said...

boleh emailkan picture tu fical.e@gmail.com

Anonymous said...

DJay_Aftermath@hotmail.com

Anonymous said...

boleh emailkan picture tu...khalis_1991@yahoo.com

L.I.N Collection said...

As salam.
Sy dh try cr di google earth tp x nmpak. Tlg email kan gmbr dan smua mngenai dajal pd saya di lin_hussein2507@yahoo.com

terima kasih.
semoga umat islam dilindungi allah swt.

Nurulhuda Wagaman said...

Aku teruja bila baca article tentang dunia akhir Zaman Ni.memang Kalo kita search kat google earth x clear wajah dajjal Ni.Kalo Bole emel pada aku sebab aku pun dalam usaha nak Mencari kebenaran phenomena dunia akhir Zaman.Bole ey emel aku nj_adeq@yahoo.com.my atau njadeq8208@gmail.com

shapoji said...

maaflah...saye takde pon gambar dajjal tuh....post nie yg saya sempat selamat kan sebelum stu Blog yg mengkaji dajjal tue ditutup....nie adalah copy post jer entry blog tue....blog tue pon dah ditutup....nie jer yg saye sempat ambill...saya takde pon gambar tuh....blogger asal yg ade....blogger tue gi mane skarang pon tak thu...sory bebanyak la...

Anonymous said...

TERTARIK UNTUK MELIHAT GAMBAR PULAU DAJJAL TERSEBUT
MOHON HANTAR GAMBAR TERSEBUT KEPADA EMEL SAYE.
(kecik_affiq@yahoo.com)

Anonymous said...

minta izin utk emailkan gambar dajjal tu email: azlisham1@gmail.com

Anonymous said...

minta izin utk emailkan gambar dajjal tu email: nazrinshahrol@yahoo.co.uk

shark25 said...

tlg emailkan gambar dajjal tu ke mmuhammadfairuz@yahoo.com

hashim al qassam said...

cerita ni ada yg meneghairankan dan agak terpesong sedikit. sy hanya nak sebut tntg dajjal shj. xde satu dalil yg mengatakan dajjal tggi sehingga melepasi awan. malah tidak ada satu hujah para ulamak tentg ketinggian dajjal setinggi sebegitu rupa. dari sumber mana dia mengetahui secara tepat tinggi dajjal 33km? jika tggi nabi adam ialah 60hasta,ya kami percaya berdasarkan hadis. bagaimana pula tggi dajjal yg mana jika dajjal berdiri,awan berada dibawah paras lutut nya. sesuatu yg aneh,dan lagi kelakar jika secara tepat mengatakan dajjal setinggi 33km :-)

utk pengetahuan, dajjal adalah manusia biasa yg diberi oleh Allah swt kelebihan dan keistimewaan tertentu sbg ujian dan fitnah kepada umat manusia.
tidak lain hanya lah setakat manusia biasa sama seperti kita ciri fizikalnya. cumanya terdapat sedikit ciri2 yg nabi sebutkan diantaranya berambut kerinting,berbadan agak besar (lebar), mata sebelahnya terhapus, kulit merah kemerahan (jika dalam riwayat tabrani menyebut kulit coklat) dan diantara dahi nya pula tertera perkataan KAFIR.

"...maka ternyata ia adalah seorang lelaki yg berbadan besar,kulit merah,berambut kerinting dan bermata sebelah" (riwayat bukhari dari ibnu umar dalam kitabul fitan,bab zikruddajjal)

"...bukankah sesungguhnya dia bermata sebelah,tertulis diantara dua mata dajjal itu KAFIR yg dapat dibaca oleh setiap mukmin."
(Muttafaqun 'Alaih)

jika dajjal sebitu rupa tggi, bagaimana pula dgn tggi nabi isa as?bagaimana pula dgn tggi imam mahdi? bukankah nabi isa akan menikam dajjal nanti? dajjal lahir dari keturunan yahudi hasil benih sepasang suami isteri yg juga seorang manusia bukannya raksasa :)

dan berkenaan gambar yg didakwa sbg wajah dajjal itu, ia hanyalah penipuan semata2.hasil andaian para manusia. nabi muhammad saw hanya memberi ciri2 wajah dajjal sahaja.dan tidak same sekali manusia masa kini tahu rupa dajjal melainkan kita hanya ketahui secara realiti bila dianya keluar kelak (selepas kemunculan imam mahdi). amat malang sekali apabila sebuah pulau yg seakan2 wajah manusia terus didakwa sbg wajah dajjal? apakah bukti itu wajah dajjal? sejak bila dajjal bertukar rupa menjadi bentuk muka bumi or batu batuan yg tidak bergerak padahal dajjal hanyalah seorang manusia shj? yg pernah berjumpa secara berdepan dgn dajjal mengikut hadis sahih ialah tamim ad dari. bahkan para sahabat dan para ulama sndiri tidak pernah berjumpa dajjal malah mengetahui wajah sebenar dajjal! jka ya itu adalah wajah dajjal, datangkan hujah dari hadis2 or hujah ulama jika ia adalah benar. jgn pesongkan cerita shingga mengelirukan org ramai. diwaktu ketibaan dajjal dimuka bumi suatu hari nanti,tiada sapa yg tahu ia adalah dajjal bahkan ramai manusia sendiri tertipu shingga meyakini dianya(dajjal) sbg tuhan. diwaktu ketibaan dajjal itu, hanya org yg betul2 beriman shj insyaAllah akan tahu dan dapat menangkap ciri2 dan penipuan dajjal spt yg dijeolaskan dalam hadis. dan mereka itulah yg akan selamat dari fitnah dan tipudaya dajjal. wallahu a'lam.

hashim al qassam said...

ini adalah wajah yg dikatakan sebgai wajah dajjal yg terletak di chichi jima atau lebih dikenali sbg devil sea.

http://wikimapia.org/#lat=27.0930962&lon=142.2475648&z=16&l=0&m=b&search=Chichi-Jima

kita ada quran,hadis dan ijma ulama.dan disamping kita juga dikurniakan akal.
jgn mudah percaya sesuatu yg berdasarkan andaian semata2. biarlah sesuatu itu tertegak berlandaskan dalil,hujah,bukti dan fakta bukan khayalan dan fantasi. salam.

Anonymous said...

saya liza eamilkan saya pic dajjal yg disebut.saya tak dapat cari.
aliesyameera@yahoo.com

Anonymous said...

Tolong emailkan kepada saya, najib, di najib017@yahoo.com

tq

Anonymous said...

Tlg email kat sy cahayamawar71@gmail.com

Waghih Salim said...

tolong email kan dekat saya di sojar_baik@yahoo.com

Anonymous said...

Syeikh Hakeem Tajuddin Awwab, pernah bertemu Dajjal dan berdailog dgn nya.

Anonymous said...

Emel kt sy miszjue@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...