Chaos Here

Saturday, December 25, 2010

Taraf Hidup Yg Tinggi Di Malaysia

Dear Mr President – Bak kata Pink,

Saya, seorang student, saya juga seorang rakyat malaysia, saya juga antara salah 20 juta rakyat malaysia yg rasa terkesan dengan kenaikan harga minyak yg sekaligus menarik semua harga, ayam, beras, errrr!! byak lagilah, tak terpikir plak skarang, tapi semua harga mmg naik la sekarang.

Baki lagi 2 juta rakyat malaysia, seperti ahli politik, ahli perniagaan, balachi2 yg kaya tapi tak bayar cukai, Dato’ yg jenis tak kena bayar tol, rumah pon free, dapat kereta free, tapi bile harga minyak naik, bukan main seronok menyokong, sebab dorang tak rasa kan. Dorang banyak duit. Sebab Malaysia nie, yg 20 juta tuh bukan warganegara asal, so buleh lah nak tindas, dan yg 2 juta nie takde kuasa mengundi kan. Heheheh, let see next year.

Saya bukan bermaksud nak menghentam golongan yg lagi 2 juta tuh, tapi sebab dorang tak rasa ape yg kita rasa sekarang. Ok alkisah nyer begini, sape pernah hidup tahun sebelum 2007?? Ok, masa tuh saye pertama – tama kali keluar dari Kelantan, utk melanjutkan pelajaran kat Uitm , Shah Alam dlam Asasi Sains. Mase tue sesi kemasukan julai. Pada masa itu, di Shah Alam saya masih dapat makan dengan RM 4 ringgit sehari, Sebabnya, harga nasi 60 sen ,+ seketul ayam RM 1.4. Jumlah sekali makan, hanya 2 ringgit, buleh la aku makan 2 kali sehari. Tue kat Shah Alam yg taraf hidup pon tinggi.

Tapi dlam hujung thun tue kalau tak silap, berlaku kenaikan harga dgan pengurangan subsidi kerajaan. Kesannya, harga beras naik, harga makanan naik,harga ta bang naik, Bas ekspress pon ugut bising nak naikkan harga gak, tapi kerajaan tak bagi, tapi last2 naik gak, skarang dah harga RM 40++ skarang. Mase dulu Rm 30++ jer, naik sepuluh ringgit, kesan daripada naik beberarap sen minyak.

Skarang nak makan kat Shah Alam, Nasi dengan ayam seketul yg paling murah buleh dapat RM 3.50, kalau yg standard2 mamak dapat RM 4.50.

Pilihan Raya 2007, Selangor, Perak, Kedah kan kena rampas ngan pembangkang. Padan muka, tak pikir kesan dier, naikkan harga minyak time nak dkat2 pilihan raya, Tue nak cakap, sebab dornag tak rase kesan kenaikan tuh,

Julai 2008, aku dapat buat degree kat Shah Alam dlam bidang Farmasi. Mse tue, kerajaan umumkan penurunan balik harga minyak, semua gembiralah, pakat2 beli kereta balik, sebab harga minyak dah turun kan. Tetapi, aku tgok harga makanan dok situ jer, tambang bas duk situ jer harga dier, tak turun2 pon, Kalau nak kira logik kan, Bas Ekspress, Rapid Kl, dah buleh turunkan herga, sebab dorang guna minyak kan.

Kalau korang ak tahu, rumah yg aku sewa mase kat Shah Alam utk student, RM1300, kongsi 9 orang. dah lah jauh. Nie semua pasal minyak tue lah, dah semua harga naik, bile dier turun, harga lain tak turun2 dah. Kesan dia, jadi taraf hidup makin tgi lah.

Then, 2009, kampus kitoarang pindah puncak alam. Mujur taraf hidup sini rendah sikit, Harga makanan jer murah pon, yg lain same jer, Bulah lagi nak jumpa Nasi dgan ayam seketul RM 3.

Then, beberapa bulan sebelum nie, kerajaan umumkan balik kenaikan harga minyak dgan pengurangan subsidi minyak ron95, alah, 5 sen jer pon naik, tue pon nak kecoh, tapi barang2 lain naik bersen2 wei. Gi pasar Bawak RM50 ringgit pon still tak ckup skarang, utk keluarga yg besar la.

Bukak sem nie, aku nak tgok, harga makanan naik tak? Kalau naik, semua naik 50sen setiap satu, daripada 5 sen duit minyak naik. Pilihan raya tahun depan kan, dorang tak pikir lagi kesan nya, sebab dorang tak rase.

Kalau org cam aku yg dapat biasiswa, pon cukup2 jer makan mkan utk satu sem, yg dapat PTPTN kalau kat Universiti yg mhal, nak makan aper? pasir? tue yg ramai sgup menggadai maruah, sebab hal nie lah. Kat Uitm mungkin yuran murah, tapi kawan aku cakap duit still tak cukup. Kat U lain tak tahu lah, merempat kut hidup, kalau yg anak golongan lagi 2 juta tuh mgkin tak terasa.

Konklusinya, yg kaya stay kaya, yg miskin stay miskin. Yg sedeharana, bergelut utk hidup. So, skrang korang nampak tak permainan kenaikan harga minyak, so pakat2lah kita menabung, benda2 yg tak patut beli tuh tak yah beli, bukak belog kerja ngan Nuffnang, jadi pengiklan, buleh jadi kaya,dapat lah nak buat tambang at least utk sebulan kan. Aku rasa, nie entry aku yg paling panjang. Sebab aku perlukan luah benda kat dlam hati nie, kalau disimpan, jadi barah kesannya. Peace y’all.

7 comments:

N@SIQUE said...

luahan perasaan,,bgus nie~~patut disiarkan di tv 3,,,:D,,bru la ada perkembangn susulan

shapoji said...

ade ker org nak degar sura yg kecil nie???

Shafiq Rosli said...

I loike this entry..
nntkn kemunculan PRU 13 thun dpn..

zuhanismohamed said...

yg sederhana susah payah lah kena mengumpul duit..

kadang2 jeles dengan org kaya..aih

shapoji said...

syafik: adakah anda telah mendaftar sebagai pengundi?

zuhan: jelas gak la sikit2.

Shafiq Rosli said...

bln dpn sy akan pergi mendaftar..haha

shapoji said...

aku dah daftar...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...